Saturday, November 29, 2014

Kegunaan Isotop (KIMIA)

Natrium - 24
= Mengesan tempat berlaku perbekalan darah

Cobalt- 60
=Merawat kanser
= Digunakan untuk membunuh sel kanser

Iodin - 131
= Kesan lokasi tumor di dalam otak

Karbon-14
= Kaji proses fotosintesis tumbuhan

Fosforus - 14
= Menentukan kadar penyebaran baja oleh tumbuhan

Karbon -14
= Menganggar usia barangan antik, artifak dan spesimen2 arkeologi

Natrium - 24

= Mengesan kebocoran paip petroleum bawah tanah

Kimia Cara Hafal Berkesan

Assalamualaikum.

Harini.. Cikgu Kusyi nak ajar.. haha. nak share notes. Ciri-ciri  zarah.

Eh?? Tah la belalang. Dah lupa.

Unsur Kumpulan 1

- logam yang bertindak balas dengan air untuk membentuk larutan beralkali
- Litium, Na dan K adalah pepejal. Berkilau dan keperakkan.
- Lembut dan mudah melebur
- Konduktor Elektrik.
- Mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah.

apabila menuruni kumpulan 1

- bilangan proton bertambah
- bilangan petala yang berisi elektron bertambah
- saiz atom bertambah
- jarak antara elektron valens antara nukleus semakin jauh

Ion 1+

Nak - Natrium
Hafal - Hidrogen
Kimia - Kalium
Agak - Ammonium (argentum)
Liat - Litium

Ion 2+

Cu- Kuprum (copper)
Ba - Barium
CakaPb - Kalsium ,Plumbum
Mgapa - Magnesium
ZianaZain- Zink
Frust - Ferum (II)

Ion 3+
Fetrah - Ferum (III)
Alam - Aluminium


Ion 1-

OH - Hidroksida
NO - Nitrat
Bru - Bromida
Clear- Klorida
Fikiran - Florida
I - Iodida


Ion 2-

SO - Sulfat
S - Sulfid
Contact  - Karbonat
Osama- Oksida

Thursday, May 30, 2013

Cecair Intersis

Assalamualaikum..

Wah wah.. Lamooo tak update tentang pelajaran.

So today, kita masuk bab biologi.

Cecair Intersis.

Apa tu  cecair intersis?

Cecair intersis ni ialah bahan2 kecil yang meresap keluar ke ruang antara sel.

Apa yang ada dalam bahan2 kecil tu??

Bahan-bahan kecil :
-Glukosa
-Asid Amino
- Air
- Oksigen
- Garam Mineral


Fungsi cecair intersis ialah:

- Membasahi sel dalam badan dan membekalkan glukosa, asid amino dan limfosit.
- Menyingkir bahan buangan seperti karbon dioksida dan urea dari dalam badan.

 Bagaimana cecair intersis terhasil??

1. Darah mengalir daripada arteriol masuk ke dalam kapilari darah yang berdiameter kecil.
2. Tekanan hidrostatik tinggi.
3. Menyebabkan sebahagian bahan kecil terturas keluar ke ruang antara sel.
4. Antara bahan2 kecil ialah okseigen, glukosa , air.. dan seperti yang saya tulis kat atas tu.


Sekian sahaja pelajaran Biologi pada hari ini.

Saturday, February 2, 2013

Kerugian Bagi Wanita Yang Menolak Perkahwinan

Assalamualaikum..

Disebabkan blog ini saya buat untuk sekadar berkongsi ilmu, so.. saya nak update dekat blog inilah! hohoho..

Title macam nak suh saya kahwin cepat2 pulokk.. Ngee.. Ni ilmu . ilmu.. hihi..

olo tomey2..

Okayh, jom baca :

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier kerjanya.

Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada  jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi.


Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan  tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan
negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.

Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.” 

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah s.w.t. pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di syurga kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan." Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab Baginda s.a.w, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).” 

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita salehah yang berada dibawah naungan suami.

#Ehem.. lepas ni bolehlah start cari calon.. Ekeke..

sumber

Sunday, December 16, 2012

Literature

Assalamualaikum..

Hye! Now, I want to share about literature. We start with the poem.

NATURE


Themes

1.Appreciation of own's own country from every perspective.

= Every country is individualistic from the perspectives of culture,language, people and lifestyle. We may not have what other countries have but what we have should appreciate because they giveus that special, individualistic touch.

2. Appreciation of nature.

= Nature encompasses all forms of life, plants and animals and they are central to man's survival.

3. Beauty of nature.

= Nature in whatever form isbeautiful. When we look at the sun, rain or plants and insects, their beauty can take our breath away. These beautiful things are all around us.

Okayh. I can give you only three. That is because, I'm tired for typing these.. Capek deh..


Moral Values

.. We should value of what we have

... Nature is beautiful and we are surrounded by its many beautiful things.

..... Learn to look at things and realise that every pasrt of Earth has the same things as there is only one Earth, one Sun and one Moon.



Poetic Devices

1. Sound Devices
  - Alliteration : Sun shines , sways and shivers , beats like bullets
  - Onomatopoeia : swish of water

2. Literary Devices
   - bersambung... 

Idioms #2

Assalamualaikum.

Hye you all.

Today, I want to share some idioms for those students who is need these.

Well.. I'm a kind person, right? :P

Sooo... Let's begin!

1. apple of your eye
 = the person you love and most proud of.

2. blood is thicker than water.
= blood relationships are so much more important than others.

3. a penny saved is a penny earned.
= we should not waste money but attempt to save more of it.

4. turn over a new leaf.
= change for the better after doing something bad.

5. as you sow so shall you reap. / mean buat baik dibalas baik laaa..
= if you do a good things to others then good things will come your way too.

Ok. I'm tired. Ha ha... Hope these idioms will be useful for us.!

Daaa..

Friday, December 7, 2012

Takrifan KIMIA

Assalamualaikum..

Today aku nak kongsi Takrifan dalam subjek KIMIA. Subjek favourite tuh beb. Ha ha..

Sikit jelah kut. Aku ni pemalas dolu2.. Takrifan semua aku harap dekat cikgu je. Masa form 4 je aku rajin sikit. Naik form 5, cam haremmm je takrifan tuh.

Takrifan nih in Malay la.. Sebab aku belajar dalam Malay. Understand! Eh silap. Ada faham!

1. Resapan
= Proses pergerakan zarah=zarah daripada kawasan berpekatan tinggi ke kawasan berpekatan rendah.

2. Proton number
= Bil. proton dalam nukleus sesuatu atom.

3. Nombor nukelon
= Jumlah bilangan proton dan bilangan neutron dalam nukleus sesuatu atom.

4. Elektron valens
= elektron petala yang ada di luar.

5. Isotop
= atom-atom berbeza bagi unsur yang sama dengan bil. proton yang sama dan bil. neutro yang berbeza.

6. Mole
= mole is an amount of substance that contains as many particles as the number of atoms in exactly 12g of carbon-12

7. Formula kimia
= perwakilan bhn kimia mnggunakan huruf untuk unsur dan nombor bulat mewakili bil. atom bg setiap unsur yang hadir dalam sebatian.

8. Formula empirik
= Formula kimia yang menunjukkan nisbah teringkas bil atom bagi setiap unsur dalam sebatian.

9. Formula molekul
= Formula kimia yang menunjukkan bil atom yang sebenar setiap unsur dalam sebatian.

10. Kation
- ion yang bercas positif

11. Anion-
 = ion yang bercas negatif.

12. elektrolit
= bahan kimia yang boleh mengkonduksikan arus elektrik sama da dalam keadaan leburan atau latrutan akueus

13. Elektrolisis
= Proses penguraian elektrolit kepada unsur-unsur juzuknya bila arus elektrik mengalir melaluinya.

14. Asid
= sebatian kimia yang larut dalam air , menghasilkan ion hidrogen

15. Bes
= Bes ialah sebarang oksida atau hidroksida logam. Bes larut air ialah alkali.

16. Alkali
= Sebatian kimia yang menghasilkan ion hidroksida bila larut dalam air.

17. Asid kuat
= asid yang mengion lengkap untuk menghasilkan kepekatan ion hidrogen yang tinggi bila larut dalam air

18. Asid lemah
= asid yang mengion separa dalam air , menghasilkan kepekatan ion hidrogen yang lemah.

19. Polimer
= Sebatian makromolekul rantai panjang yang terbentuk daripada gabungan beribu-ribu unit monomer.

20. sabun
= is a salt that is formed from the reaction between an alkali and a fatty acid, RCOOH

21. Garam
= sebatian ion yang terbentuk apabila ion hidrogen daripada asid digantikan oleh ion logam.

22. peneutralan
= tindakbalas asid dan bes menghasilkan garam dan air.

23. Aloi
= satu campuran dua atau lebih unsur di mana komponen utamanya adalah logam.

Siap! Banyak itu aje takrifan lam nota aku. Campur bahasa melayu dengan inggeris pulak tuh. Heh!

Daa..