Friday, December 7, 2012

Sutera Dalam Lukisan

Assalamualaikum.

EHem....! Hari ni kita belajar novel BM, Sutera Dalam Lukisan ya anak2.. Ha ha.. Dah itu aje novel yang aku belajar dekat sekolah. So, sape2 yang nak buat nota or rujukan. Boleh rujuk di blog super duper saya. Erk..! Ha ha.

Kita start dengan TEMA!

- Tema novel "Sutera Dalam Lukisan" ialah ketabahan hidup seorang pemuda yang mengalami ketidaktentuan atau kecelaruan fikiran sebagai akibat kisah silamnya yang akhirnya kembali pulih menjadi insan yang mampu berdikari. Bujei pada asalnya merupakan murid yang pintar dan bercita-cita tinggi. Namun begitu, tragedi demi tragedi yang menimpa keluarganya meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada Bujei sehingga dia berubah menjadi pemuda yang bodoh, dungu dan tidak berakal. Di sebalik kekurangan itu, Bujei masih mempunyai nilai-nilai kemanusiaan sebagai insan biasa.

Persoalan.

1.Sikap tidak berhati perut terhadap kaum wanita

- Harun mengambil kesempatan untuk mengikis harta Fatimah iaitu pampasan yang diterima daripada Angkatan Tentera sumbangan pihak-pihak lain, dan tanah pusaka bekas suaminya.

- Haru tergamak menerajang Fatimah sehingga pengsan semata-mata kerana Fatimah enggan memberinya wang dan seutas rantai.

2. Cinta yang tidak mengenal darjat

- Secara diam-diam , Bujei menyimpan perasaan cinta terhadapa Adila yang telah banyak membantunya mengenali dirinya sendiri. Dalam pada itu, Bujei merasakan dirinya terlalu kerdil jika dibandingan dengan Alias dan Faizal.

- Simpati Adila kepada Bujei bertukar menjadi perasaan sayang kerana terpikat dengan keikhlasan dan kejujuran Bujei. Akhirnya, Adila meluahkan hasratnya untuk memilih Bujei sebagai bakal suaminya kepada Sidang Saman dan Mak Lamah.

Gaya Bahasa~

- Peribahasa = ada hati, angkat muka

- Personifikasi = rumah semakin dimakan api

- Simile = orang ramai seperti menyaksikan satu pertunjukan bunga api yang meriah.

- Hiperbola =  "Demi cinta, ke lautan api ku turuti." ujar Same'ah sambil menggayakan lagaknya.


NILAI

-Ketabahan = Bujei tabah menghadapi dugaan yang menimpa dirinya

- Simpati = Adila simpati akan nasib Bujei dan dia berusaha untuk memulihkan semula keadaan Bujei.


#Thats all. yang lain, lupikirla sendiri. hahaha!

Friday, November 30, 2012

Idioms

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini kita akan belajar idioms. Peribahasa menarik in English. Kalau korang nak skor A for writing, of course korang kena masukkan idiom. Tak gitu? Ha ha.. Memandai je aku.. Ni petua guru2 bI kat sekolah aku laa..!

Lets beginnnnn...

1. Benjamin of the family
= The youngest child in the family.

2. Fish out of water
= faced a completely new situation that baffles him and causes him to act awkwardly.

3. Beauty is in the eye of the beholder.
= What is considered beautiful by one person may not be as beautiful to another individual.

4. Not brain surgery.
= not very difficult to do or understand.

5. under the weather
=  someone feeling well.


Friday, November 9, 2012

The Starting..

Assalamualaikum wbt.

Hellooooo.. Tujuan saya buat blog baru ini adalah untuk berkongsi sedikit ilmu yang telah saya pelajari di sekolah. Tak salah kalau kita berkongsi ilmu, kan?

Memandangkan saya akan jadi budak lepasan SPM 2 minggu lagi. Jadiii.. Daripada saya buang terus buku-buku yang saya ada. Apa kata, saya post ilmu2 tu semua kat dalam blog? Korang yang masih bersekolah , study online tu, bolehlah rujuk kat blog saya. Hua hua..

Saya akan post subjek yang saya belajar ajelaa.. Hi hi..

Contohnya..

BM, karangan, novel and so on.

English, idiom, writing and so on.. The Curse.

Math. Hmm.. Post soalan2 aje kut.. Keh keh.

Addmath.

Agama Islam

Biologi

Kimia

Fizik

Akaun

Sejarah. Sejarah??? Haha.. Saya anti sejarah.

Jangan lupa rujuk blog saya.

Daa..