Assalamualaikum.
EHem....! Hari ni kita belajar novel BM, Sutera Dalam Lukisan ya anak2.. Ha ha.. Dah itu aje novel yang aku belajar dekat sekolah. So, sape2 yang nak buat nota or rujukan. Boleh rujuk di blog super duper saya. Erk..! Ha ha.
Kita start dengan TEMA!
- Tema novel "Sutera Dalam Lukisan" ialah ketabahan hidup seorang pemuda yang mengalami ketidaktentuan atau kecelaruan fikiran sebagai akibat kisah silamnya yang akhirnya kembali pulih menjadi insan yang mampu berdikari. Bujei pada asalnya merupakan murid yang pintar dan bercita-cita tinggi. Namun begitu, tragedi demi tragedi yang menimpa keluarganya meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada Bujei sehingga dia berubah menjadi pemuda yang bodoh, dungu dan tidak berakal. Di sebalik kekurangan itu, Bujei masih mempunyai nilai-nilai kemanusiaan sebagai insan biasa.
Persoalan.
1.Sikap tidak berhati perut terhadap kaum wanita
- Harun mengambil kesempatan untuk mengikis harta Fatimah iaitu pampasan yang diterima daripada Angkatan Tentera sumbangan pihak-pihak lain, dan tanah pusaka bekas suaminya.
- Haru tergamak menerajang Fatimah sehingga pengsan semata-mata kerana Fatimah enggan memberinya wang dan seutas rantai.
2. Cinta yang tidak mengenal darjat
- Secara diam-diam , Bujei menyimpan perasaan cinta terhadapa Adila yang telah banyak membantunya mengenali dirinya sendiri. Dalam pada itu, Bujei merasakan dirinya terlalu kerdil jika dibandingan dengan Alias dan Faizal.
- Simpati Adila kepada Bujei bertukar menjadi perasaan sayang kerana terpikat dengan keikhlasan dan kejujuran Bujei. Akhirnya, Adila meluahkan hasratnya untuk memilih Bujei sebagai bakal suaminya kepada Sidang Saman dan Mak Lamah.
Gaya Bahasa~
- Peribahasa = ada hati, angkat muka
- Personifikasi = rumah semakin dimakan api
- Simile = orang ramai seperti menyaksikan satu pertunjukan bunga api yang meriah.
- Hiperbola = "Demi cinta, ke lautan api ku turuti." ujar Same'ah sambil menggayakan lagaknya.
NILAI
-Ketabahan = Bujei tabah menghadapi dugaan yang menimpa dirinya
- Simpati = Adila simpati akan nasib Bujei dan dia berusaha untuk memulihkan semula keadaan Bujei.
#Thats all. yang lain, lupikirla sendiri. hahaha!
Friday, December 7, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment